Tuesday, May 19, 2009

Akim AF7 : Jom download

AKIM AF7 - BENGANG (LAGU BARU).mp3

Biografi Farah Fauzana

Nama : Farah Fauzana Fadzil

Tarikh Lahir : 7hb Februari 1980

Tempat lahir : Hospital Asunta, P.Jaya

Adik Beradik : 3 orang (anak ke 2)

Hobi : Memandu kereta, Fotografi, Bersukan dan beriadah

Kerjaya : DJ Era (2004-2005), DJ HotFM (bermula 2006)Pelakon, Pengacara, voice over.


















Detektif Lim mengaku tidak bersalah curi buku



Farid Amirul Hisham Wu Abdullah atau lebih dikenali sebagai 'Detektif Lim' dalam cerita bersiri paling panjang di RTM - gerak khas tidak mengaku mencuri buku di Mid Valley semasa di hadapkan di Mahkamah kelmarin.



Farid Amirul, 43, yang sepatutnya dijatuhi hukuman semalam menukar pengakuannya di hadapan Majistret Mohd Faizi Che Abu.



Pelakon itu, mengaku bersalah ketika hadir ke mahkamah kali pertama pada 8 April lalu sebelum melantik peguam bela Nor Azri Mohd Arif.



"Detektif Lim" didakwa mencuri sebuah buku bertajuk ‘The Sistine Secrets’ berharga RM89.90 dan ‘Decoding The Heavens’ berharga RM105 di Kedai Buku MPH Bookstore, Mid Valley, kira-kira jam 7.15 malam, 27 Mac lalu.Pelik juga bagaimana pelakon yang berduit boleh mencuri buku atau dia ada masalah lain. Mungkin pengalaman berlakon dalam gerak khas tidak membantu kehidupan sehariannya.Nama pun berlakon,Tapi kes ni belum habis tak boleh la main tudoh-tudoh...

Madonna si Tua bakal berkahwin dengan TOyboynya yg masih Remaja



KEMUNGKINAN besar Madonna dan 'toyboy'nya Jesus Luz akan berkahwin dalam satu upacara ritual tidak lama lagi, menurut kata ayah Luz, Luiz Heitor Pinto da Luz."Jesus kelihatan begitu bahagia sekali. Upacara perkahwinan ini membuktikannya," kata Luiz Heitor.Dalam sebuah temuramah baru-baru ini, Luiz Heitor memberi restu perhubungan Madonna dan anak lelakinya."Inilah yang akan berlaku bila dua jiwa saling berkasih. Mereka pasti inginkan sebuah perkahwinan. Setahu saya, mereka sudah tinggal bersama sekarang," kata Luiz Heitor.


Madonna"Saya tidak tahu samada mereka akan menyempurnakan perkahwinan mereka. Mungkin mereka akan buat satu ritual saja. Saya juga tidak tahu samada ia akan dilakukan di Kabbalah," katanya lagi.Walaupun pasangan yang tidak sepadan ini pernah digosipkan akan berpisah, Madonna dan Jesus yang berusia 22 tahun itu bertambah-tambah intim lagi.Luiz Heitor juga mengesahkan perhubungan Jesus dengan tiga orang anak Madonna bertambah rapat."Anak saya begitu karismatik. Dia amat sukakan budak-budak dan dia cukup baik dengan anak-anak Madonna. Mereka bermain bolasepak bersama," kata Luiz Heitor lagi.Luiz menafikan yang diva pop itu membayar $1,000 paun seminggu untuk kelas bahasa Inggeris ataupun dia cuba mengongkong penggunaan telefon Jesus."Semua itu tuduhan liar dan tidak berasas. Jesus pandai berbahasa Inggeris semasa tinggal dengan ibu saudaranya di Amerika dulu," kata Luiz.

Lawak : Babi bertukar nama

Babi kat dalam hutan nama dah tukar sekarang ..glamer beb.

CERITA BELAKANG TABIR FINAL AF7



Teks oleh Razif Rosdi & Haswari AliSegala-galanya telah berakhir. Sesi pengajian AF7 kini telah pun ditutup oleh Principal Tiara Jacquelina selepas Hafiz dinobatkan sebagai juara baru



Bagi yang berada di Stadium Putra Bukit Jalil, mereka dapat merasai suasana gegak gempita yang menyelubungi segenap ruang bak final kejohanan bola sepak. Apakah perkara menarik yang berlaku di belakang tabir? Jom kita ikuti paparan murai.com.my



Corat-Coret AF7:



# Abang kepada Aril, Izwan Pilus sempat datang ke konsert akhir AF7 tetapi tidak dapat lama berada dalam stadium kerana perlu menghadiri latihan pertandingan Bintang RTM. Izwan turut gembira dengan kejayaan Aril di tempat kedua.



# Berbeza dengan musim lalu, kali ini tetamu VIP dan pihak media diraikan dengan majlis koktel sejam sebelum konsert akhir bermula. Lisa Surihani, Dafi dan Ainul Aishah adalah antara artis yang paling awal datang ke majlis koktel itu.



# Pada sebelah petang, Karnival Gempak Selebriti Astro ditimpa hujan rahmat. Namun ramai peminat tidak berganjak dan sanggup menonton persembahan artis di bawah payung



# Anita Sarawak atau Kak Nita adalah antara penyokong Hafiz. Melihat kemunculan Hafiz, Kak Nita dan suaminya Abang Mahathir terus menjerit dan bersorak sakan! Kak Nita juga kagum dengan semangat Isma yang masih lincah beraksi walaupun sudah ada anak 5.



# Seorang lagi penyokong setiap Hafiz adalah produser filem Anu Dalam Botol, Raja Azmi Raja Sulaiman atau Kak Mi. Kak Mi memang banyak menghantar AFundi secara pukal kepada Hafiz dan ia tertera dalam pesanan mesej di telefon bimbitnya itu. Malam itu, Kak Mi duduk di sebelah Mak Mah yang juga ibu pengkritik Adlin Aman Ramlie.



# Seorang karyawan filem mengeluh salah seorang tenaga pengajar perempuan AF7 semakin kekwat sekarang sejak wajahnya asyik keluar di kaca TV. "Dulu dia tak macam itu. Jumpa kita dari jauh dah senyum dan menyapa, sekarang, angkat kening pun berat sangat. Biasalah, orang dah mabuk glamour..." kata karyawan yang sangat popular itu.



# Barisan artis Gempak Selebriti Astro seperti Zainal Alam Kadir, Reza, Farhan, Tam Suhaimi, Idayu, Fitri, Hazama, Farish dan Edlin memang kecoh bersorak di tempat mereka. Kemudian datang pula Nana Era yang makin cantik sejak hendak berkahwin ini. Nana juga penyokong kuat Hafiz.



# Ada dakwann mengatakan Kelab Peminat (FC) Hafiz menarik diri pada saat-saat akhir daripada membuka gerai dan centre spot untuk berkumpul ketika berlangsungnya Karnival Gempak Astro di luar stadium. Ini menjadi bahan bualan di kalangan FC finalis lain.



# Sebahagian penyokong Aril datang dengan sepanduk paling besar yang tertulis 'Kami Nak Aril Jadi Juara'. Mereka terpaksa duduk di tingkat atas sebab sepanduk itu terlalu besar dan perlu direntangkan ke bawah.



# Ramai berkata, meskipun Hafiz bergelar juara, tapi Aril yang menang sorak. Dia menerima sorakan paling gemuruh dan meriah sejak mula hingga akhirnya konsert itu. Pada awal konsert, Hafiz mendapatkan sorakan paling gemuruh diikuti Aril dan kemudiannya Akim.



# Ada segelintir peminat meradang apabila tempat mereka telah diambil orang disebabkan kekeliruan nombor tiket. Tapi bila konsert telah bermula, sejak jadi OK. Selain itu, kesian pula pengkritik Raja Lawak 3, Zaibo, yang tersesat mencari tempat duduk sehingga duduk di tempat pihak media.



# Jangan tak tahu, putera dan puteri dari kerabat diraja Brunei Darussalam pun turut berangkat menonton konsert final itu. Terbukti AF program yang sangat popular di Malaysia dan Brunei!



# Ketika lagu Menuju Puncak disampaikan oleh semua pelajar musim ini, Rubisa tidak dapat menari sama kerana kakinya telah terseliuh sewaktu latihan.



# Sewaktu persembahan bekas pelajar Top 20 pula, Lizda pula tidak dapat mengadakan persembahan. Difahamkan, Lizda yang juga isteri pelakon Ezani sibuk dengan perniagaan belacannya! Kesian pula melihat Abang Kelana yang berdepan dengan masalah apabila mula menyanyikan lagu Di Alam Fana Cinta (Fotograf).



# Ketika Aril mendendangkan lagu barunya, Toksik, dia merampas kertas di meja pengkritik dan membuangnya ke lantai. Semasa raptai penuh, dia menjadikan botol air mineral sebagai mangsanya dan ketika melontar hampir-hampir terkena krew Murai!



# Lucu pula melihat Hafiz yang seakan-akan agak bingung (blur) ketika sidang media tengah malam. Mungkin tergamam melihat ramai wartawan dan masih terkejut dengan kejayaan hebatnya itu. Sampaikan Hafiz terpaksa meminta wartawan mengulangi soalan mereka.



# Akim pula 'terlebih ramah' apabila siapa bertanyakan nama wartawan yang bertanyakan soalan kepadanya. Itulah realiti sebenar selepas mereka keluar daripada akademi apabila mula berdepan dengan 1001 cabaran.



# Ramai tidak tahu bahawa lirik lagu Isma, Bisikan... Godaan dicipta oleh Ketua Editor murai.com.my, Roslen Fadzil atau nama penanya Slen. Sebelum ini Slen pernah menghasilkan lirik lagu seperti Nurul Ajai (Cinta Mencintai Kita), Ziana Zain (Lembah Asmara), Dato Siti Nurhaliza (Kembalikan Indah), Dr Fazley (Cerita Asmara), Erema (Pelita Di Bawah Purnama) dan Misha Omar (Sampai Di Sini). Kata Slen, dia tidak tahu lagu itu akan dinyanyikan oleh siapa sehinggalah menerima panggilan daripada komposernya Zul, suami Isma.



# Ada pihak mendakwa Cikgu Siti Hajar adalah ibu saudara Aril. Namun, itu semua tidak benar.



# Pengacara terkenal, Haji Aznil Hj Nawawi sempat singgah ke sidang media dan majlis supper untuk mengucapkan tahniah kepada tenaga pengajar dan barisan pemenang.



*sumber dari murai.com.my

Asal usul terkejut beruk...



Gambar Julia Ziegler masa muda-muda



Menurut sumber, ini gambar Julia Ziegler masa muda² masa zaman sekolah. Korang kenai tak? Bukan yang besor dan pakai spek tu, yang belah kanan tu. Nampak cam pipinya penuh ngan jerawat kan atau gambar tu ade masalah? hehe.. layan je la..

Mengenal peribadi diri anda

"Cara ini sudah dicuba dan kebenarannya sudah terbukti. Pilihan anda menunjukkan keperibadian anda. Anggap diri anda saat ini sedang memasuki sebuah rumah kecil di tepi sungai di tengah hutan tebal. Setelah Anda buka pintunya dan masuk, didalamnya terdapat: 7 tempat tidur kecil di sebelah kanan di sebelah kiri, terdapat meja makan yang dikelilingi 7 kerusi kecil. Di tengah-tengah meja terdapat sebuah bekas dengan 6 macam buah. Buah-buahan tersebut terdiri daripada:-


a. epal

b. pisang

c. jeruk

d. mangga

e. rambutan

f. papaya


Buah manakah yang akan anda pilih?

Pilihan anda akan menunjukkan sifat-sifat peribadi anda! Berfikirlah dengan berhati-hati.

.

.

.

.

.

.

.

.
Ini dia jawapannya.. .

a. jika anda pilih epal: bererti Anda adalah orang yang suka makan epal

b. jika anda pilih pisang: bererti Anda adalah orang yang suka makan pisang

c. jika anda pilih jeruk: bererti Anda adalah orang yang suka makan jeruk

d. jika anda pilih mangga: bererti Anda adalah orang yang suka makan mangga

e. jika anda pilih rambutan: bererti Anda adalah orang yang suka makan rambutan

f. Jika anda pilih papaya: bererti Anda adalah orang yang suka makan papaya


aderke...hehehehheh ......hehehee. .. tipah tertipu ..hehehee..tak kan nak kena sorang pi le hantaq kat org lain.....hehehehe

Taman seks di China cetus kontroversi



SATU patung gergasi wanita dipamerkan di taman seks pertama China di Chongqing.
BEIJING - Taman tema seks Love Land di barat daya China mencetuskan kemarahan orang ramai apabila mempamerkan patung manusia bogel, kemaluan bersaiz gergasi dan bengkel berhubung teknik hubungan seks, lapor sebuah semalam.


Taman tema seks pertama di China itu dijadualkan dibuka kepada umum di daerah Chongqing pada Oktober depan.
Bagaimanapun, orang ramai berharap projek tersebut tidak akan diteruskan.


"Kami membina taman itu demi kebaikan bersama iaitu bagi membantu orang dewasa menikmati kehidupan seks yang harmoni," kata pengurus taman itu, Lu Xiaoqing.


"Seks ialah subjek tertutup di China tetapi orang ramai memerlukan lebih banyak maklumat mengenainya," tambah Xiaoqin.


Selain mempamerkan sejarah dan teknik seks, taman itu turut memiliki sebuah patung wanita gergasi sedang tunduk dalam keadaan hampir bogel dan patung itu boleh berputar.
Pengumuman pembukaan taman tema itu mencetuskan pelbagai reaksi pengguna Internet dengan kebanyakan mereka meluahkan komen negatif mengenainya. - AFP



sumber : kosmo-

saya nak bawa mak dan bapa pergi menunaikan umrah atau Haji



SEBELUM hos AC Mizal mengumumkan namanya sebagai juara Akademi Fantasia (AF) musim ke-7, Hafiz atau nama sebenarnya Mohd. Hafiz Mohd. Suip, 19, kelihatan resah gelisah di atas pentas.




Waktu itu, tinggal namanya dan Aril atau Khairil Azam Pilus yang belum diumumkan oleh AC Mizal.




Riak wajahnya itu tampak jelas bimbang sekiranya tidak mendapat gelaran juara sehingga hendak menangis pun ada sebaliknya Aril kelihatan tenang dan masih sempat tersenyum.



Selepas diumumkan sebagai pemenang, terus air mata tanda gembira mengalir lantas dia dipeluk oleh rakan-rakan seperjuangan dan kedua ibu bapanya.



Semasa memberikan ucapan, suaranya yang sebak tidak putus-putus mengucapkan terima kasih kepada peminat dan pengundi yang banyak menghabiskan wang ringgit untuknya.



Jelas Hafiz, dia memang idamkan gelaran juara sejak berusia 7 tahun lagi namun sebetulnya dia tidak yakin samada akan mendapat takhta itu atau tidak.



Sejujurnya, anak sulung lelaki tunggal daripada tiga beradik ini mengakui sifat manjanya banyak mempengaruhi kehidupannya sebelum ini sehingga dia mudah sensitif dan tersentuh dengan perkara-perkara tertentu termasuk debaran saat bergelar juara.



“Saya mengaku yang saya merupakan seorang anak yang manja. Saya cepat menangis kerana mudah tersentuh tetapi hati saya kental.



“Namun, saya bukanlah seorang yang cepat mengaku kalah tetapi sentiasa berusaha untuk berjaya dalam apa yang dilakukan.


“Saya agak tercabar semasa menyanyikan lagu rap Kau Yang Punya,” beritahunya.



Sifat tidak putus asa Hafiz juga terserlah apabila dia menyertai ujibakat AF sebanyak dua tahun berturut-turut.


“Saya pernah menghadiri ujibakat AF6 tetapi hanya berjaya sampai ‘stage’ 4. Waktu itu, saya fikir mungkin belum rezeki saya,” ujarnya yang berasal dari Kuching, Sarawak ini.


Hafiz akui, jika hendak bergelar seorang ikon, dia perlukan kekuatan vokal dan konsep persembahan.


“Memang betul, saya lihat vokal dan konsep persembahan penting dalam sesebuah persembahan dan hendak menjadi seorang ikon juga memerlukan semua itu.


“Alhamdulillah, semua peserta mempunyai kekuatan dalam persembahan. Jadi, saya perlu ada cara tersendiri.


“Mungkin sudah rezeki saya untuk memenangi pertandingan ini kerana seperti yang diketahui ia merupakan program realiti,” luah Hafiz yang masih terkejut dengan kemenangannya itu.


Dengan kemenangan itu, Hafiz berjaya membawa pulang hadiah kereta Honda Accord 2.0 litre sumbangan Honda Malaysia, percutian ke New York berjumlah RM10,000 tajaan Maybelline, Arezzo Hoffman 5.1 Home Theatre System tajaan Arezzo, kamera U1030 tajaan Olympus, Hyundai Air Purifier- HYAP-202 tajaan MSP Advance, jam tangan Hugo Boss tajaan Hugo Boss, BRANDS’S Innershine untuk 1 tahun tajaan Cerebos, Nokia 5730 XpressMusic tajaan Nokia, diaktifkan oleh Hotlink selama 1 tahun tajaan Hotlink, wang tunai RM20,000 dan trofi sumbangan Astro.


Menurut Hafiz, dia mahu berkongsi hadiah kemenangannya bersama kedua ibu-bapanya.


“Dari dulu lagi, saya nak bawa mak dan bapa pergi menunaikan umrah atau Haji,” kata Hafiz.


Penyanyi lagu ‘Masih Jelas’ ciptaan Aidit Alfian dan lirik oleh Ad Samad ini turut berjanji untuk berjumpa dengan peminatnya sebagai tanda membalas jasa mereka yang banyak mengundinya sebelum ini.


“Insya-Allah, saya akan janjikan sesuatu yang menarik untuk peminat-peminat nanti,” akhirinya yang tidak lupa mengucapkan Selamat Hari Guru yang jatuh pada 16 Mei lalu kepada semua tenaga pengajar AF7.

ARIL AF7 dan aweknya???

Adakah ini awek Aril AF7 ?? menurut blog tersebut, awek tersebut bernama Jue. hurmmmm..

HAFIZ AF7 - Jom download!

HAFIZ AF7 - MASIH JELAS (LAGU BARU).mp3
Hafiz AF7 ft Mila.mp3
HAFIZ AF7 - I BELIEVE I CAN FLY (KONSRT 9).mp3
HAFIZ AF7 - CINTA INI.mp3
HAFIZ AF7- LAGU KITA.MP3
Kau_Yang_Punya__Konsert_AF7_